Tuesday, June 17, 2008

Ayam Masak Merah Ala Thai


Ayam Masak Merah Ala Thai

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Sedikit Gula
2 sudu kicap pekat
4 ulas bawang merah
½ inci halia
8 biji cili kering
1 ½ cawan air.
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Cara:
Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak.
Kisar bawang merah, halia dan cili kering. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan air. Biar sehingga mendidih, masukkan garam, gula dan kicap pekat. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk.
Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak dengan api sederhana. Selepas 5 minit, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang di mayang nipis.

Ayam Masak Merah Bermadu


Ayam Masak Merah Bermadu

Bahan-Bahan:
Ayam ½ kilo
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Cili kisar 5 sudu besar
Tomato puree 2 sudu besar
Madu pekat 4-6 sudu besar
Garam secukup rasa
Cara:
-Goreng ayam separuh masak.
-Tumiskan bawang besar, bawang putih,
cili kisar hingga naik minyak.
-Masukkan tomato puree, garam dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.
Cadangan Hidangan:
Lapikkan pinggan hidang dengan daun salad dan taburkan cili merah dan daun bawang di atas ayam.

Sungguh enak di hidang bersama nasi tomato.
Tambahan:
Resipi ini adalah paling asas. Jika suka boleh tambah bunga cengkih dan bunga lawang ketika menumis.
Dan ayam boleh digoreng bersalut tepung Kentucky perasa normal.
Sukatan madu tertakluk kepada kemanisan yang disukai.